Searching...
Tuesday, May 28, 2013
1:33 AM 0

Makanan Paling pelik di Dunia







Selalu Kita ingat makanan sedap seperti Char Koay Teow , Laksa tapi pernah anda nampak makanan pelik seperti ini. 

Sikit orang kata geli - geli saja tapi ada orang seperti vietnam dan negara lain yang kata emmm..... sedappp...

Ingin tengok saksi lah beberapa gambar ini.  



1. Escamoles
 Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.







2. Tikus

Kalau ada antara kita yang geli pada tikus, lain pulak halnya bagi masyarakat di sebelah negara Vietnam dan Taiwan ini, di mana tikus turut menjadi hidangan yang popular dan bagi ai mungkin diorang takde masalah nak bersawah padi kalau tikus yang sepatutnya menjadi musuh tanaman, kini dah jadi lauk pulak! Antara kaedah penyediaan termasuklah memanggang, grill, dibuat sup dan sebagainya. Hidangan ini dianggap sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin danmerawat asthma. Arrrkkhhhh!!!! Yeeeekkk!!!






3. Kopi Luwak

U olsss suka minum kopi? Haaa.. ni ai nak cerita pasal kopi jugak. Tapi, ni bukan kopi biasa sebab Kopi Luwak adalah kopi yang diproses dari biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman Luwak (Musang) dan dikeluarkan semula (bekas taik musang la kiranya ni). Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri.. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (kira-kira RM332) per 450 gram. Eiii... jangankan nak makan, dengar je pun dah geli geleman. Memangla kopi tapi dah lalu macam-macam tempat dah ni.. Iskkhhh..




 














4. Balut

Bagi masyarakat Filipina, Balut adalah sejenis makanan yang diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Iskhh.. Kesian.. benda baru nak bernyawa tu. Boleh diorang buat makanan pulak. Iskhh..






















5. Serangga

Tak payah nak pegi jauh-jauh kalau nak tengok.. Sebab hidangan ini cukup popular di negaraThailand  dan dijadikan sebagai snek yang boleh didapati dengan mudah dan dijual di sekitar kaki lima atau pasar-pasar malam di sana .Antara serangga yang menjadi 'mangsa' termasuklahlipas, cengkerik, kumbang, labah-labah, belalang dan ntah apa-apa lagi. Cara penyediaan cukup mudah - serangga dicampur dengan sedikit garam & serbuk perasa seterusnya digoreng (lazimnya tanpa minyak).. Ada sapa-sapa yang berani cuba ? Ai tak berani.. Huhu..

Sate Serangga


6. Hasma
 
Kalau u olsss nak tau, Hasma adalah makanan yang dibuat dari ovari katak, atau lebih tepat lagi, Tiub Fallopian katak jenis 'Wadam'... Penggemarnya akan memasaknya sebagai sup dipercayai untuk menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit. Uish!




0 comments:

Post a Comment