Searching...
Monday, May 27, 2013
4:57 AM 0

Kejam !!! Pegawal Disebat oleh Tali Pinggang di Kepala

-Kejadian jam 9.30 malam
-Mangsa Kashifi Iqbali, 32 (Seorang pengawal keselamatan)
-Kes berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Manakala empat lagi rakannya cedera, selepas dibelasah enam lelaki warga tempatan

Hal sebenarnya ialah ia syak suspek bersama dua lagi wanita dalam lingkungan 35 dan 40-an dikesan dalam keadaan mencurigakan menyebabkan pengawal berkenaan mengekori mereka.



Foto
12 jahitan di Kepala Akibat Mangsa DiSebat oleh Tali Pinggang

Pengurus Operasi pasar raya terbabit Wong Yun Satt, 37, berkata, sebelum kejadian itu suspek membawa beberapa bungkusan makanan kering yang dicuri, namun disedari Kashifi yang menahan mereka.
Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan pengawal keselamatan itu menyebabkan seorang suspek melibas pengawal keselamatan berkenaan menggunakan tali pinggang di kepala.

“Beberapa pengawal keselamatan lain cuba untuk membantu rakan mereka, namun suspek sekali lagi bertindak liar membelasah mereka menyebabkan seorang pengawal keselamatan Mohamed Shah, 35, mengalami keretakan tulang di bahagian tangan.

“Dua pengawal keselamatan lain yang cedera di bahagian kaki selepas dibelasah adalah Roshan Khatri, 24, dan Aneeb Mustitiq, 25 manakala seorang lagi mangsa Faisal, 24 mengalami kecederaan di tangan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

0 comments:

Post a Comment