Searching...
Sunday, May 26, 2013
8:41 PM 0

Kesian !!! Ibu dan bayi rentung di Miri

KEMALANGAN Berlaku pada jam 6.00 pagi.

Tempat Berlaku di Jalan Bakam Miri, Sarawak.

Foto
Ibu dan bayi rentung kereta bertembung 4WD dalam kemalangan di Miri


Proton Saga yang dipandu oleh seorang ibu (Amira Farhana Abdullah@Rohnalee Labo, 28) dan bayi perempuannya (Adiera Insyirah Ahmad Al Aamier ) yang berusia lapan bulan rentung dalam kemalangan jalan raya berhampiran sebuah sekolah menengah di Jalan Bakam, Miri pada jam 6.00 pagi semalam. Bila ia bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara yang datang dari arah bertentangan.



Mereka Ibu dan anak dalam Perjalanan dari Miri ke arah Bakam lalu bertembung dengan kenderaan Pacuan Empat Roda (4WD). Manakala pemandu kenderaan 4WD terbabit, 48, yang juga seorang pensyarah di sebuah institut perguruan di Miri bersama isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Holiday Park di Luak selepas menghantar anak mereka di SMK Agama Miri di Bakam.


 

Pasangan suami isteri tersebut terselamat selepas berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, sejurus sebelum kenderaan itu turut disambar api beberapa minit kemudian. Menurut seorang saksi, pertembungan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu mangsa meletup dan terbakar, manakala dua beranak malang terbabit tidak sempat diselamatkan oleh orang awam kerana keretanya yang remuk teruk.

Foto

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat manakala pasangan suami isteri terbabit hanya diberikan rawatan sebagai pesakit luar.Katanya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.








0 comments:

Post a Comment