Searching...
Wednesday, May 29, 2013
6:10 PM 0

' Bapa Hoki Malaysia' Sultan Azlan Shah meninggal dunia !!!!



KUALA LUMPUR, Pada  28 May 2014 

Peninggal Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, (Sultan Negeri Perak) Umur 86

Pada waktu 1:30pm petang semalam

Peninggal berlaku di National Heart Institute 


Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang diumumkan dalam siaran langsung di televisyen nasional semalam.

Zambry mengumumkan cuti umum bagi Perak esok untuk membolehkan pelawat untuk memberi penghormatan terakhir kepada raja , yang akan berbaring di negeri di istana di Kuala Kangsar sebelum dikebumikan di Makam Diraja di Kuala Kangsar.




Beliau juga mengarahkan bendera negara yang akan diturunkan kepada separuh tiang untuk 100 hari akan datang manakala bendera kebangsaan adalah untuk menjadi separuh tiang selama tujuh hari.

" Untuk satu minggu, semua hiburan dan perayaan dibatalkan, " kata Zambry , sebagai tanda hormat atas kematian sultan .



Saksikan Video di atas...


Sultan Azlan Shah dikenali sebagai ' Bapa Hoki Malaysia ' atas sumbangan amat besar kepada sukan itu selama lebih 41 tahun - kedua-dua sebagai pemain dan pentadbir.

Sultan Azlan Shah adalah seorang kekasih yang setia sukan terutamanya hoki, dan cinta ini untuk permainan diilhamkan beliau untuk memulakan Piala Sultan Azlan Shah hoki kejohanan pada tahun 1983. 

Sultan Azlan Shah Piala bermula sebagai acara dua tahun sekali tetapi menjadi acara tahunan sejak 1998 dan dihoskan di ibu Perak, Ipoh. Sultan Azlan Shah, yang mula bermain hoki di hari sekolah, bermain untuk Perak semasa zaman kegemilangannya dahulu beliau sebelum dipilih sebagai Persekutuan Hoki Malaysia (kini Malaysia Hockey Confederation ) Naib Presiden pada tahun 1973 

Di bawah bimbingannya, Malaysia menjadi tuan rumah dua hoki Piala Dunia . - - 1975 dan 2002 edisi . Pada tahun 1997, Sultan Azlan Shah telah dipilih sebagai Presiden Persekutuan Hoki Asia dan beliau memegang jawatan itu sehingga beliau meninggal dunia hari ini. Sultan Azlan Shah juga menjadi Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa ( FIH ) pada tahun 1992 dan tinggal di selama dua penggal.







Tuesday, May 28, 2013
9:11 PM 0

Komando (ATM) mengamuk dan menembak !!!!

-Pada 28 May 2014

- Kejadian Berlaku pada jam 4.45 pagi

- Kawasan di Premis pekan Di Lahad Datu


Seorang tentera maut dan tiga parah akibat  ditembak oleh seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bandar awal pagi tadi.

Antara yang tiga yang cedera ialah seorang komando (ATM) dan dua orang awam juga pekerja di pusat hiburan.

Foto
FOTO Ditangkap oleh Mohd Ridzal Abdullah di hadapan premis pekan Lahad Datu
Seorang tentera maut dan tiga parah akibat  ditembak oleh seorang anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bandar awal pagi tadi.
Antara yang tiga yang cedera ialah seorang komando (ATM) dan dua orang awam juga pekerja di pusat hiburan.
Keadaan mangsa sekarang mendapat rawatan lanjut di Hospital Lahad Datu.
Dipercayai tiga anggota ini bertengkar lalu dileraikan oleh dua individu berkenaan. Juga dipercayai salah seorang melepasan tembakan dengan senjata M-16.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Omar Mammah ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan semua mangsa masih menerima rawatan di hospital.
Berharap ini kes tak kan berlaku lagi.









1:33 AM 0

Makanan Paling pelik di Dunia







Selalu Kita ingat makanan sedap seperti Char Koay Teow , Laksa tapi pernah anda nampak makanan pelik seperti ini. 

Sikit orang kata geli - geli saja tapi ada orang seperti vietnam dan negara lain yang kata emmm..... sedappp...

Ingin tengok saksi lah beberapa gambar ini.  



1. Escamoles
 Ini adalah sejenis makanan yang diperbuat daripada larva semut besar yang boleh dijumpai di sekitar akar-akar tumbuhan dan daun berduri di sekitar Mexico. Masyarakat Mexico menganggap ia adalah sejenis makanan yang enak dan juga digelar sebagai kaviar serangga.







2. Tikus

Kalau ada antara kita yang geli pada tikus, lain pulak halnya bagi masyarakat di sebelah negara Vietnam dan Taiwan ini, di mana tikus turut menjadi hidangan yang popular dan bagi ai mungkin diorang takde masalah nak bersawah padi kalau tikus yang sepatutnya menjadi musuh tanaman, kini dah jadi lauk pulak! Antara kaedah penyediaan termasuklah memanggang, grill, dibuat sup dan sebagainya. Hidangan ini dianggap sebagai hidangan klasik dan dikatakan bahawa ia mempunyai khasiatnya yang tersendiri terutama untuk menguatkan tenaga batin danmerawat asthma. Arrrkkhhhh!!!! Yeeeekkk!!!






3. Kopi Luwak

U olsss suka minum kopi? Haaa.. ni ai nak cerita pasal kopi jugak. Tapi, ni bukan kopi biasa sebab Kopi Luwak adalah kopi yang diproses dari biji-biji kopi yang telah melalui sistem penghadaman Luwak (Musang) dan dikeluarkan semula (bekas taik musang la kiranya ni). Kemasyhuran kopi ini telah terkenal sampai luar negeri.. Bahkan di Amerika Syarikat, terdapat kafe atau kedai yang menjual Kopi Luwak (Civet Coffee) dengan harga yang cukup mahal. Kopi yang dikais dari najis Musang ini boleh mencapai harga AS$100 (kira-kira RM332) per 450 gram. Eiii... jangankan nak makan, dengar je pun dah geli geleman. Memangla kopi tapi dah lalu macam-macam tempat dah ni.. Iskkhhh..




 














4. Balut

Bagi masyarakat Filipina, Balut adalah sejenis makanan yang diperbuat dari telur itik yang disenyawakan hingga mempunyai embrio yang hampir cukup sifat dan kemudiannya akan direbus untuk dimakan. Iskhh.. Kesian.. benda baru nak bernyawa tu. Boleh diorang buat makanan pulak. Iskhh..






















5. Serangga

Tak payah nak pegi jauh-jauh kalau nak tengok.. Sebab hidangan ini cukup popular di negaraThailand  dan dijadikan sebagai snek yang boleh didapati dengan mudah dan dijual di sekitar kaki lima atau pasar-pasar malam di sana .Antara serangga yang menjadi 'mangsa' termasuklahlipas, cengkerik, kumbang, labah-labah, belalang dan ntah apa-apa lagi. Cara penyediaan cukup mudah - serangga dicampur dengan sedikit garam & serbuk perasa seterusnya digoreng (lazimnya tanpa minyak).. Ada sapa-sapa yang berani cuba ? Ai tak berani.. Huhu..

Sate Serangga


6. Hasma
 
Kalau u olsss nak tau, Hasma adalah makanan yang dibuat dari ovari katak, atau lebih tepat lagi, Tiub Fallopian katak jenis 'Wadam'... Penggemarnya akan memasaknya sebagai sup dipercayai untuk menghangatkan badan di musim sejuk dan mencantikkan kulit. Uish!




Monday, May 27, 2013
4:57 AM 0

Kejam !!! Pegawal Disebat oleh Tali Pinggang di Kepala

-Kejadian jam 9.30 malam
-Mangsa Kashifi Iqbali, 32 (Seorang pengawal keselamatan)
-Kes berlaku di sebuah pasar raya di Jalan Klang Lama Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Manakala empat lagi rakannya cedera, selepas dibelasah enam lelaki warga tempatan

Hal sebenarnya ialah ia syak suspek bersama dua lagi wanita dalam lingkungan 35 dan 40-an dikesan dalam keadaan mencurigakan menyebabkan pengawal berkenaan mengekori mereka.



Foto
12 jahitan di Kepala Akibat Mangsa DiSebat oleh Tali Pinggang

Pengurus Operasi pasar raya terbabit Wong Yun Satt, 37, berkata, sebelum kejadian itu suspek membawa beberapa bungkusan makanan kering yang dicuri, namun disedari Kashifi yang menahan mereka.
Menurutnya, suspek yang tidak berpuas hati dengan soalan yang diajukan pengawal keselamatan itu menyebabkan seorang suspek melibas pengawal keselamatan berkenaan menggunakan tali pinggang di kepala.

“Beberapa pengawal keselamatan lain cuba untuk membantu rakan mereka, namun suspek sekali lagi bertindak liar membelasah mereka menyebabkan seorang pengawal keselamatan Mohamed Shah, 35, mengalami keretakan tulang di bahagian tangan.

“Dua pengawal keselamatan lain yang cedera di bahagian kaki selepas dibelasah adalah Roshan Khatri, 24, dan Aneeb Mustitiq, 25 manakala seorang lagi mangsa Faisal, 24 mengalami kecederaan di tangan,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Muhammad Azlee Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Sunday, May 26, 2013
8:41 PM 0

Kesian !!! Ibu dan bayi rentung di Miri

KEMALANGAN Berlaku pada jam 6.00 pagi.

Tempat Berlaku di Jalan Bakam Miri, Sarawak.

Foto
Ibu dan bayi rentung kereta bertembung 4WD dalam kemalangan di Miri


Proton Saga yang dipandu oleh seorang ibu (Amira Farhana Abdullah@Rohnalee Labo, 28) dan bayi perempuannya (Adiera Insyirah Ahmad Al Aamier ) yang berusia lapan bulan rentung dalam kemalangan jalan raya berhampiran sebuah sekolah menengah di Jalan Bakam, Miri pada jam 6.00 pagi semalam. Bila ia bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara yang datang dari arah bertentangan.



Mereka Ibu dan anak dalam Perjalanan dari Miri ke arah Bakam lalu bertembung dengan kenderaan Pacuan Empat Roda (4WD). Manakala pemandu kenderaan 4WD terbabit, 48, yang juga seorang pensyarah di sebuah institut perguruan di Miri bersama isterinya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Holiday Park di Luak selepas menghantar anak mereka di SMK Agama Miri di Bakam.


 

Pasangan suami isteri tersebut terselamat selepas berjaya dikeluarkan oleh orang ramai yang menyaksikan kejadian itu, sejurus sebelum kenderaan itu turut disambar api beberapa minit kemudian. Menurut seorang saksi, pertembungan tersebut menyebabkan kereta yang dipandu mangsa meletup dan terbakar, manakala dua beranak malang terbabit tidak sempat diselamatkan oleh orang awam kerana keretanya yang remuk teruk.

Foto

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Gan Tian Kee ketika mengesahkan kejadian itu berkata, mayat dua beranak itu dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat manakala pasangan suami isteri terbabit hanya diberikan rawatan sebagai pesakit luar.Katanya, siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil atau menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.








Friday, May 24, 2013
8:49 PM 0

(8 GAMBAR) Tatu Berimage 3D ...

25 May 2014

Bagi yang bukan beragama Islam, tatu badan merupakan salah satu bentuk olahan seni yang menarik jika ianya dilukis cantik. Pernah kah anda lihat tatu badan berbentuk tiga dimensi? Kalau belum pernah, kami mahu kongsikan beberapa gambar tatu 3D yang sangat AWESOME dan berseni.