Searching...
Saturday, August 23, 2014
9:03 PM 0

HANGAT GILERrr!!! Pelakon Hong Kong Baru dan Anak kepada World Superstar Di Tahan Kerana Dadah



BEIJING, 19 OGOS 2014: Anak kepada pelakon kungfu terkenal Jackie Chan ditahan oleh pihak polis Beijing atas kesalahan berkaitan dadah, menurut laporan media China.  

Lapor South China Morning Post yang memetik laporan Beijing News dan Beijing Times, Jaycee Chan, atau dikenali sebagai Fang Zuming, 31, ditahan bersama pelakon Taiwan Kai Ko Chen-tung, 23.

Masih lagi tiada maklumat tentang bila mereka berdua ditahan dan kedua-kedua mereka tidak mengemas kini akaun media sosial Weibo mereka sejak Selasa lepas.

Chan dan Ko merupakan antara selebriti dari China, Hong Kong dan Taiwan yang ditahan oleh pihak berkuasa Beijing yang mensasarkan penyalahgunaan dadah di kalangan selebriti dalam tempoh dua tahun.

Pegawai yang menjawab telefon di balai polis Beijing enggan memberi sebarang komen. Jaycee adalah satu-satunya anak lelaki Jackie.






0 comments:

Post a Comment