Searching...
Monday, August 4, 2014
3:32 PM 0

Malaysia TOP 10 JANDA Paling HANGAT

10 Janda Paling Hot Di Malaysia


KUALA LUMPUR, 4 MAC 2014: Dua minggu lalu sahaja negara digegarkan mengenai kes perceraian dua orang selebriti bergelar pelakon yang sememangnya terkenal iaitu Erra Fazira dan juga Liza Abdullah.

Kedua-dua aktres ini dilihat tenang dengan status baru yang digalas mereka walaupun sesetengah wanita cuba menjauhkannya daripada hidup mereka bukan?

10 Janda Hot Di Malaysia


1). Liza Abdullah
Namun, dua orang aktres yang Murai sebutkan telah bergelar janda dan mereka ini bukanlah calang-calang orangnya. Liza Abullah yang telah 32 tahun menjadi anak wayang dan 26 tahun bergelar isteri masih kekal menjaga penampilan. Dengan paras masih cantik dan tidak menampakkan wajah yang semakin berusia, pasti ramai yang ingin mencuba memikat aktres tersebut.

10 Janda Hot Di Malaysia

2). Erra Fazira
Begitu juga dengan bekas wanita tercantik di Malaysia pada tahun 1992, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira juga bakal menjadi buruan mereka yang memandang paras wajahnya yang jelita beserta personaliti yang lengkap, menjadikan dia role model kepada wanita lain.

Bukan mereka berdua ini sahaja yang kini memegang status janda tetapi Murai berjaya menyenaraikan 10 orang selebriti terkenal tempatan yang kini sah bergelar janda. Itu sekadar gelaran kerana yang pasti, ada diantara mereka ini lebih hot daripada anak dara.




10 Janda Hot Di Malaysia

3). Nora Danish
Murai mulakan sorotan khas ini dengan memperkenalkan mak janda berhias yang muda dan jelita iaitu Nora Danish atau Nora binti Mohd Danish Hanif, 32 yang telah kembali solo pada 2008 selepas bercerai dengan bekas suami, Toh Muda Rizal Ashram Ramli setelah dikurniakan Putera Rayqal Rizal Ashram.

10 Janda Hot Di Malaysia

4). Nabila Huda
Nabila Huda binti Suhaimi Abdul Rahman atau Abil yang dikenali lasak dan lantang bersuara itu sememangnya mampu berdikari. Statusnya itu tidak menghalang puteri sulung Amy Search ini membesarkan sendiri anak tunggal hasil perkahwinannya terdahulu dengan Zaidi Zailani pada 2008.

10 Janda Hot Di Malaysia

5). Maya Karin
Biar pun gaya dan personaliti aktres ini persis anak dara sunti, Maya Karin Roelcke sebenarnya pernah berkongsi hidup dengan Steven David Shorthose selama 2 tahun daripada Ogos 2008 hingga Julai 2010 sebelum berpisah.


10 Janda Hot Di Malaysia

6). Rita Rudani
Dilihat bersungguh-sungguh ingin mempertahankan hak sebagai wanita dan juga rumahtangga yang dibina atas dasar cinta, Rita Rudaini Mukhtar akhirnya akur dengan ketentuan Illahi. Bekas isteri kepada pemain bolasepak terkenal Aidil Zafuan itu kini dilihat bahagia dengan kehadiran dua cahayamata walaupun solo.

10 Janda Paling Hot Di Malaysia

7). Raja Azura
Seterusnya, personaliti tv dan radio Raja Azura juga tidak terlepas daripada senarai janda terhangat kerana dia ada tarikan tersendiri. Mesra disapa Kak Engku, Raja Azura pernah mendirikan rumahtangga dengan Azmin Tan Sri Osman dan dikurniakan 3 orang cahayamata sebelum bercerai pada 2010.


10 Janda Paling Hot Di Malaysia

8). Norish Narman
Pelakon terkenal Norish Karman yang satu ketika sepi setelah berkahwin dengan seorang ahli dewan undangan (ADUN) bagi kawasan di Negeri Sembilan. Namun selepas dilaporkan bercerai pada 2008, dia membuat kemunculan dengan gaya yang lebih daring dan sudah tentunya jadi sensasi.

10 Janda Paling Hot Di Malaysia

9). Jasmin Hamid
Pelakon seksi, Jasmin Hamid yang masih kekal dengan gaya yang tersendiri itu juga masih lagi solo setelah sekian lama bercerai dengan bekas suami Ian Rashid Macquistan pada tahun 2007 dan memiliki seorang anak lelaki.



10). Noniswara
Seorang lagi pelakon jelita bermata menggoda, Noniswara Baharuddin turut menerima nasib yang sama seperti selebriti wanita hot lain yang bergelar janda. Nonis telah sah berpisah dengan ahli koporat, Datuk Rosman Ridzwan, 56, pada tahun lalu dan kekal solo hingga kini.

Ini sekadar fakta yang ingin dikongsi Murai tentang selebriti tempatan kita. Jika terdapat sebarang kesalahan dalam fakta yang dikongsi, harap ada pihak boleh memperbetulkan perkara ini.

Soal kahwin dan cerai serta status janda itu kadangkala sensitif buat sesetengah pihak. Murai sekadar mahu pastikan status jelitawan kita ini, mana tahu ada yang pasang angan-angan beristerikan selebriti?


SUMBER: ISU SEMASA
6:26 AM 0

AMAT NGERI !!! Enam Lelaki Ditetak KEJAM SANGAT ( 6 GAMBAR)


Enam pelanggan sebuah siber kafe berbangsa Melayu cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki India di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis.

Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, suspek dikatakan lelaki berbangsa India warga tempatan dipercayai dalam keadaan mabuk memasuki premis berkenaan dalam keadaan menutup muka menggunakan kain dan bersenjatakan parang panjang serta kayu.

Suspek telah menyerang enam daripada pelanggan sehingga mengalami kecederaan serius pada anggota badan.

"Terdapat mangsa hampir putus tangan akibat ditetak. Selebihnya mengalami kecederaan serius akibat ditetak lebih daripada sekali oleh kumpulan suspek.

"Suspek yang melarikan diri dengan dua buah kenderaan bagaimanapun tidak merampas barangan berharga dari premis dan mangsa," katanya.

Tambahnya, siasatan awal mendapati, suspek yang merupakan warga tempatan berbangsa India berusia lingkungan 27 tahun.

Kesemua mangsa kemudian telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk mendapat rawatan.

Difahamkan, polis kini sedang mengesan suspek yang telibat.



SUMBER: ISU SEMASA
Tuesday, July 29, 2014
3:24 PM 0

Nampak SANGAT CANTIK TAPI .... lepas Tanggal Make Up emmm...INI KALILAH.....(8 GAMBAR)



Hati Bagai Cair Selepas Tengok Gambar Ini . Siapa yang menolak keindahan dan kecantikan betul tak ?  Ghairah betul nak tengok gambar ini kan ? Sabar ! Sabar ! Sabar !
-
-
Hati Bagai Cair Selepas Tengok Gambar Ini


Selepas melihat gambar ini, anda disarankan untuk menilai diri anda. 


Apakah kemahuan hati aku sebenarnya ? Oh awek cantik.

Adakah pandangan mata selalunya benar ? Oh kadang-kadang sahaja.


Baiki pandangan dan sikap anda supaya anda tidak tertipu dek mata yang indah memandang.
Thursday, July 24, 2014
3:42 PM 0

GEMPAR !!! Zizan Pandu GTR PROMOSI BAJU MELAYU Di Jakel Bangi (5 GAMBAR )


Hari ini Jakel Bangi diserbu peminat-peminat Zizan Razak yang ingin melihat selebriti tersebut dari dekat, Zizan memandu kereta Nissan Gtr nya hadir untuk mempromosi baju melayu jenamanya keluaran Jakel.

Selebriti Zizak Razak terserbu dengan Peminatnya di Jakel Bangi untuk Promosi Baju Melayu (Jakel). Namun dia  memandu kereta NISSAN GTR  sebagai tanda KEJAYAANNYA selama ini...








Baju melayu Jakel Zizan Razak dan Aaron Aziz mendapat sambutan hangat dengan harga promosi dari harga asal RM 280 dijual denga harga RM150 dengan sehelai samping.

Dengan kehadiran Zizan di promosi Baju Melaju Zizan Razak Jakel Bangi sememang nya di nantikan oleh para pelanggan Jakel di Bangi.

Dulu Pengacara dan Pelawak sekarang Dia dan Aaron Aziz adalah antara Paling Popular di Seluruh MALAYSIA..

Teruskan Abang ZIZAN..
2:51 PM 0

Usia 10 Tahun Sudah jadi Pelacur dan Seks Hamba Jalanan (4 GAMBAR)

Penyiasatan Sunday People mendedahkan kanak-kanak terbiar, kotor serta penagih gam dan kokain dieksploitasi pengedar dadah dan bapa ayam untuk keuntungan.Kanak-kanak berusia 10 tahun dipaksa melacur di jalanan sekitar Brazil bagi memenuhi selera seks peminat bola sepak sempena Piala Dunia di negara itu.Kebanjiran lebih 600,000 peminat daripada seluruh dunia ke Brazil menambah nasib buruk kanak-kanak itu.


Mark Williams Thomas terbang ke Recife untuk menemu bual kanak-kanak yang terperangkap dalam kancah pelacuran“Selaku bekas detektif serta berpengalaman menyiasat selama 30 tahun mengenai penderaan kanak-kanak termasuk kes skandal Jimmy Savile, apa yang saya temui di Brazil membuatkan saya menggeletar.“Beribu-ribu kanak-kanak berada dalam keadaan terdesak.


Foto

“Pencari pelanggan untuk seks serendah RM7.12 selepas bapa ayam memaksa mereka berpakaian dan bersolek agar kelihatan lebih tua.“Mereka berulang-alik bagi menjalankan perdagangan kotor itu hanya beberapa ela dari hotel yang didiami peminat British.“Mereka juga perlu menghidu gam untuk menghentikan rasa kelaparan.

“Malah, mereka takut selepas seorang pelacur ber–usia 14 tahun dibunuh dan mayatnya dibuang di jalanan beberapa bulan lalu oleh seorang lelaki yang enggan membayar perkhidmatan seks,” katanya.Pemerdagangan mengejutkan membabitkan kanak-kanak perempuan dan lelaki berada di bawah pemerhatian polis.

Dengan suasana pantai yang menarik dan di sebelah bangunan pencakar langit, Recife adalah bandar kelima terbesar di Brazil serta tuan rumah kepada lima perlawanan Piala Dunia.Recife juga terbabit dengan dadah dan penderaan kanak-kanak seperti mana yang dikatakan seorang pekerja amal, ia adalah sama di semua bandar di negara ini.

Sebaik saja pelancong tiba di lapangan terbang, pemandu teksi yang menunggu akan menawarkan pelancong membeli dadah atau seks.Kanak-kanak terbabit akan duduk di sekitar dataran pusat bandar, tempat yang sama peminat bola sepak berkumpul.Ia mungkin dianggap tempat kejadian yang tidak membahayakan, tetapi ramai kanak-kanak ini menawarkan seks tanpa berfikir dua kali.

“Terlintas di fikiran semuda manakah kanak-kanak ini kerana mereka cuba berlagak agar kelihatan lebih tua dengan pakaian dan solekan.“Dengan ditemani penterjemah dan mubaligh yang bekerja dengan kanak-kanak di jalanan, saya bercakap dengan tiga budak perempuan, seorang daripadanya jelas tidak waras kerana menghisap dadah dan menghidu gam.

“Lorrisa baru berusia 13 tahun dan saya pasti tubuh kecilnya itu terbantut akibat dadah.Dia menghidu gam industri yang kuat daripada sebuah botol plastik yang mereka namakan sebagai ‘cola’.“Saya rapatkan botol itu ke hidung dan cuba melihat isi kandungannya, namun bau yang terlampau itu menyakitkan kepala saya,” kata Mark.Menurut Lorissa, menghidu gam membuat–kan dia pening dan kebas sekali gus menghentikan rasa lapar, oleh itu dia tidak perlu makan.

“Ia membantu saya menghadapi keganasan dan bahaya di jalanan,” kata Lorissa.Seketika kemudian, Raphaela, 13, rakan Lorissa turut menyertai perbualan kami.“Saya sering didatangi puluhan lelaki yang mahukan khidmat seks sama ada penduduk tempatan, pelancong dan pemandu teksi.“Mereka akan membayar BRL10 (RM14.28).

“Rakan saya, Mickela tinggal di jalan dan dia dibunuh pada hari polis merusuh.“Seorang lelaki menjemputnya di stesen kereta api Metro dan dia mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu.“Tetapi, lelaki itu enggan membayar Mickela lalu dia dibunuh dan mayatnya dibuang. Ia berlaku hanya beberapa minggu lalu,” kata Mickela, 14.

Seorang pelacur tua yang berperanan sebagai ibu kepada kanak-kanak terbabit memberitahu polis gagal mencari pembunuh itu.Dalam tempoh tiga jam Mark menghabiskan masa berbual dengan kanak-kanak itu, dua kali kereta polis melewati mereka, tetapi pegawai polis itu tidak melakukan apa-apa.

Ia membuatkan keba–nyakan bapa ayam datang dan pergi bersama pengedar dadah selamat daripada pengetahuan polis.Calliem, 14, memberitahu Mark bagaimana dia mula menjual tubuhnya untuk seks pada usia 11 tahun.“Saya melakukan hubungan seks dengan lelaki dan mereka hanya membayar saya RM7.13,” katanya.

Calliem adalah pengguna tetap cola, ganja dan kokain crack, memperoleh kokain itu daripada peniaga di jalanan.“Ayah saya sudah mati, ibu saya tinggal di tempat perlindungan bersama ibu saudara dan saya mempu–nyai sembilan adik-beradik.“Tiga daripadanya mati. Seorang darinya maut dalam satu tembakan,” katanya.

Keluarga yang masih ada tahu kegiatannya yang hidup di jalanan dengan menjual diri untuk seks.Perkara yang paling mengejutkan adalah cara dia bercerita mengenai hidupnya, seolah-olah ia adalah normal dan boleh diterima.Calliem memberitahu Mark, dia takut jika Piala Dunia hanya menarik lebih ramai lelaki mengadakan hubungan seks.Wanita berumur 41, yang tinggal di jalanan sejak ber–usia tujuh tahun berkata: “Kanak-kanak menghadapi risiko besar daripada lelaki dan pelancong tempatan.

“Seorang budak berumur 10 tahun dipaksa menjadi pelacur.“Kanak-kanak ini me–ngikut kebanyakan lelaki kerana mereka ketagih pada dadah dan memerlukan wang yang lebih banyak untuk membeli dadah.“Mereka menggunakan dadah untuk berasa kebas akibat penderaan seksual, mula menjadi ketagih lantas perlu menjual diri ber–ulang kali bagi mendapatkan wang,” katanya.

Dadah mudah diperoleh secara meluas di Brazil dan negara ini berada dalam genggaman wabak kokain crack.Menurut Mark, dia bertemu dengan seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 tahun yang ketagih crack dan cola dan menjadi bapa ayam oleh seorang lelaki yang mereka gelar Pak Cik.“Saya juga dibawa ke kawasan setinggan terkenal Santo Amaro untuk bercakap secara rahsia dengan seorang pengedar dadah berpangkat pertengahan, Stephanie.

“Dia memberitahu hanya menjual crack kepada remaja dan orang tua malah seorang pelanggannya bergelar peguam.“Apabila saya memberitahunya dadah itu sering dijual kepada anak-anak muda, dia mula menangis kerana mempunyai anak ketagih ‘crack’,” katanya.Beliau juga bertemu komander polis, Mejar Angelo yang menjemputnya ke stesen bersama seorang pegawai dari Jabatan Pemerdagangan Manusia.

“Pegawai polis terbabit memberitahu terlalu banyak kes seksual membabitkan kanak-kanak di negara itu sehingga mereka tidak ingat satu persatu,” katanya.Mejar Angelo menambah: “Kami memandang serius isu berhubung peminat mahu melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.“Kami menubuhkan talian bantuan dan bertindak segera dengan mana-mana panggilan serta mencari bukti,” katanya.

Namun tidak pasti sejauh mana serius dan ikhlas anggota polis di negara itu bagi membanteras kegiatan seks membabitkan kanak-kanak.Namun operasi pengawasan yang mudah selama lebih seminggu mungkin mampu memerangkap ramai pesalah seks dan dapat menyelamatkan kanak-kanak.Polis di United Kingdom akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Brazil untuk menyekat kemasukan pesalah seks kanak-kanak yang dikenali. - The Mirror



SUMBER: http://gempaqgiler.blogspot.com
7:50 AM 0

KEPALA LELAKI DIPANCUNG AKIBAT PERKOSA & BUNUH ANAK SENDIRI (8 GAMBAR )


Insiden mengerikan ini terjadi di Brazil. Seorang lelaki yang dipenggal kepalanya kerana ia dituduh memperkosa dan membunuh anak perempuannya sendiri. 

Penduduk desa telah menjatuhkan hukuman jalanan sendiri. memenggal kepalanya dan supaya menjadi iktibar kepada masyarakat sebagai tanda apa yang dilakukan oleh orang yang melakukan kejahatan. 

Gambar ini tidak sesuai untuk kanak-kanak atau yang sensitif.










SUMBER: Dairishare