Searching...
Wednesday, November 2, 2016
3:16 PM 0

Pakar Menemui Tasik Dalam Laut dan Haiwan Yang Berenang melaluinya terus Menemui maut...



Para saintis berjaya menemukan sebuah 'tasik' dalam laut di Teluk Mexico dan haiwan-haiwan yang dilihat cuba melalui kawasan itu mati.

Saintis menamakan tasik itu sebagai Jacuzzi of Despair.


Erik Cordes, profesor biologi di Universiti Temple, telah menjalankan penyelidikan terhadap tasik itu dan mencatitkan penemuan tersebut dalam jurnal Oseanografi.

"Ia merupakan salah satu benda yang paling menarik di laut dalam. Kamu pergi ke lantai laut dan melihat tasik atau sungai sedang mengalir. Rasa seperti kamu bukan berada atas dunia ini", kata Cordes kepada Discovery News.

Air di dalam tasik itu lima kali ganda lebih bergaram dari air di sekitarnya.


Ia juga mengandungi toksik metana dan hidrogen sulfida berkepekatan tinggi menyebabkan ia tidak boleh bercampur dengan kawasan persekitarannya.

Bagi haiwan-haiwan (dan manusia) yang cuba berenang dalamnya, toksik-toksik ini boleh menyebabkan maut. Hanya hidupan seperti bakteria, cacing tiub dan udang sahaja boleh hidup di dalam tasik itu.

Bagi saintis, penemuan tasik itu diibaratkan sebagai 'tempat permainan' untuk mereka melakukan kajian bagaimana organisma boleh hidup di habitat yang ekstrim.

Menerusi video rakaman Jacuzzi of Despair itu, dapat dilihat banyak hidupan-hidupan laut mati di dalam tasik terbabit.

Selain itu, turut kelihatan air dalam tasik terebut mengalir keluar ke kawasan sekitar.

Sumber

0 comments:

Post a Comment