Searching...
Wednesday, July 23, 2014
4:19 AM 0

WARGA EMAS Telan Sudu dan Garpu dalam PERUT (3 GAMBAR)



Beberapa pakar bedah terkejut apabila melihat X-ray seorang perempuan tua dari Belanda yang menunjukkan 78 pelbagai jenis sudu berada dalam perut perempuan yang berumur 52 tahun.



Nama wanita ini ialah Margaret Daalman. Katanya, dia sendiri tidak tahu kenapa perkara ini boleh terjadi. Menurutnya lagi, dia tidak dapat menahan diri apabila melihat sudu dan garpu.

SUMBER: Sentiasa PANAS
2:11 AM 0

Ana Raffali Umumkan Kehamilan (Congra..)

Sempoi juga cara Ana Raffali mengumumkan kehamilannya di Instagram. Comel sangat-sangat. Dengan patung kartun menggambarkan dirinya dan suami, di belakang diletakkan gambar imbasan bayi menunjukkan bakal wujud orang ketiga dalam hidup mereka. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan buat mereka berdua. Pasti berita gembira ini ditunggu-tunggu sejak berkahwin pada tahun 2012.
ana raffali
Ana Raffali turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tak henti-henti mendoakan dirinya dan suami. Tulis Ana Raffali:-
lhamdulillah, berkat doa dan kasih sayang. Terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami. ;)
ana naim
Semoga segalanya berjalan lancar buat Ana Raffali. Jaga-jaga badan dan jangan buat kerja berat sepanjang kehamilan ini. Pastikan makan secukupnya. Insya Allah anak yang dilahirkan akan sihat sempurna. Sama-samalah kita doakan.
Tuesday, July 22, 2014
3:40 PM 0

4 Gambar Awie Dan Erra Fazira Baru -baru ini

Awie sejak kebelakangan ini menjadi sebutan ramai kerana membelasah isterinya Rozana Misbun.



 

Manakala Erra Fazira pula lebih rileks dengan status janda hot setelah bercerai dengan Engku. Beberapa hari lepas ramai peminat terkejut apabila Awie dan Erra Fazira kantoi sedang beriadah bersama dengan menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Walau bagaimanapun,gambar mereka berdua itu sebenarnya merupakan photoshot untuk gambar raya.

Memang amat mengujakan para peminat apabila melihat dua selebriti paling sensasi di industri tempatan ini kembali disatukan dalam sesi photoshoot semalam.

Gambar tersebut dimuatnaik Erra di laman Instagram peribadinya untuk tatapan peminat. Pasti ramai sudah lama merindui gandingan mereka berdua suatu ketika dulu.

6:36 AM 1

Bola Golf tersangkut dalam kemaluan Wanita..(2 GAMBAR)


SUBANG JAYA – Tindakan seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf di kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola berkenaan tersangkut dan gagal dikeluarkan sehingga wanita itu terpaksa dibawa ke hospital.
Difahamkan, sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki terbabit berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu tetapi tidak berjaya.

Kejadian malang itu berlaku apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan intim tetapi ditolak kerana keletihan.
Namun, tindakan suami menggesel bola golf itu tidak disedari isterinya yang sudah nyenyak tidur.


Sumber berkata, wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.
Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.
Bagaimanapun, pada awalnya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital, katanya.
Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.
Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya, katanya.
Sumber itu berkata, mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu.
Menurut sumber itu, wanita berkenaan juga mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Muhd Fuad Talib, mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu.
5:04 AM 0

Teruk !! PELAKON Raja Farah Accident (4 GAMBAR)


Pelakon Raja Farah telah terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Raja Farah dikejar ke pusat kesihatan berdekatan apabila dada Raja Farah terhentak.

Pelakon ini telahpun menerima rawatan dari doktor.

Keadaan Raja Farah kini stabil dan dia melahirkan rasa syukur kerana terselamat dari kemalangan ngeri itu.


Ini kata-kata Raja Farah:

Ya Allah..aku bersyukur kepada mu Ya Allah..Engkau telah melindungiku..Engkau telah memberiku peluang..aku bersyukur Ya Allah.  

Farah accident semalam..Alhamdulillah..keadaan Farah selamat dan baik..cuma dada terhentak..terima kasih kpd pihak Doktor dan semua staff yg terlibat dlm merawat Farah..Alhamdulillah.

Kini Raja Farah telah pulih sepenuhnya dan kembali bekerja. Kepada semua, berhati-hati ketika memandu. Pandu cermat jiwa selamat. Ingat orang yang tersayang.



4:11 AM 0

Awie Terima Hak Penjagaan Sementara, Rozana Dihalang Dekati Anak

Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapatkan hak 

penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya hasil 

perkahwinan dengan Rozana Misbun di Mahkamah 

Tinggi Syariah di sini, hari ini. Peguam syarie, Datuk Mohd 

Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie turut memaklumkan 

yang mahkamah Awie juga mendapat perintah injuksi 

terhadap Rozana, 36, untuk tidak mendekati penyanyi itu 

serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui 

media cetak dan elektronik.
awie dan rozana
Prosiding telah berlangsung di dalam kamar di hadapan 

Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz. Awie hadir dengan 2 orang 

rakan manakala Rozana tidak kelihatan. Agak terkejut juga 

Abang Nara dengan perintah injuksi yang diberikan terhadap Rozana, namun sudah pasti ada sesuatu yang kita tidak 

ketahui untuk keputusan sebegini diambil.




SUMBER:Beautiful NARA
Monday, July 21, 2014
3:42 PM 0

VIDEO: Jual makanan bagi orang Islam pada Bulan Puasa

Setiap kali tiba bulan Ramadan, bagaikan satu pemandangan biasa di sesetengah kedai makan apabila ada orang beragama Islam menjinjing bungkusan-bungkusan misteri dalam plastik hitam keluar dari kedai.

Meskipun tiada nama rasmi diberi kepada golongan ini, suara sinis masyarakat menggelarkan mereka sebagai ‘geng plastik hitam’, sempena warna plastik yang digunakan.

Nasi Bungkus Drive Thru - Geng Plastik Hitam Cemar Kesucian Ramadan
Nasi Bungkus Drive Thru - Geng Plastik Hitam Cemar Kesucian Ramadan
Ada dalam kalangan mereka itu yang tua, muda, lelaki dan perempuan. Situasi ini dapat dilihat dari pagi hingga ke petang, ketika ramai umat Islam menahan lapar dan dahaga.

Isi bungkusan itu, tidak perlu diperjelaskan lagi. Ada yang memilih roti canai, mee goreng dan ada menu nasi berlauk.

Pekedai pula seakan memahami keperluan golongan ini, turut membantu ‘menyembunyikan’ makanan yang dijual dengan mengguna beg plastik hitam yang tidak telus cahaya.

Jika dipandang dari sudut negatif, mudah untuk mengaitkan para pembeli dengan perilaku ponteng puasa.

Tetapi jika diperhalusi dengan lebih teliti, tidak semua pembeli terlibat dengan perilaku salah ini. Mereka mungkin ada sebab tersendiri yang pelbagai.

Adakah penggunaan plastik hitam menjadi satu cara untuk membolehkan pekedai terus menjual makanan kepada orang beragama Islam dalam bulan puasa agar jualannya tidak terjejas?

Ataupun ia satu cara berkesan hasil inisiatif pekedai untuk menjaga air muka para pembeli beragama Islam daripada dipandang serong oleh orang ramai?

MALU BAWA PLASTIK HITAM

Tinjauan penulis mendapati ada pelanggan yang tidak selesa dengan pendekatan sebegini.

Pegawai kerajaan, Hafiz Nordin, 32, berkata beliau segan bila pekedai menggunakan plastik hitam sebagai pembungkus makanan yang dibeli untuk isterinya.

“Tak payah nak sorok, kita tengok sahaja plastik hitam, sudah tahu ini trend dan ‘trademark’ orang yang tidak puasa. Saya malu kerana jika saya bawa (makanan) dalam plastik ini orang mengata saya”, katanya yang meminta pekedai menukar plastik makanannya kepada warna yang biasa diguna seperti merah, jingga atau kuning.

Ketika ditemui, beliau baru selesai membeli roti canai dan lauk-pauk makanan tengah hari untuk isterinya yang tidak boleh berpuasa kerana masih menyusukan bayi.

Tambah beliau, jika seseorang tidak melakukan kesalahan, tidak perlu timbul rasa takut atau segan tidak bertempat, kerana jika ada yang bertanya, ia pasti boleh dijawab.

Hal ini tidak dipersetujui pemandu lori yang hanya mahu dikenali sebagai Zaid.

Kata beliau, tindakan pekedai menggunakan plastik hitam adalah baik kerana ia mengelakkan salah faham dalam kalangan anggota masyarakat.

“Saya memandu lori untuk jarak jauh dan saya juga jadi buruh memunggah muatan lori. Dalam Islam, seseorang yang bekerja berat, boleh untuk tidak berpuasa, diganti pada hari lain.

“Bila guna plastik hitam, orang tidak tahu isinya. Kami boleh bawa ke tempat yang tidak dilihat orang dan makan tanpa ganggu orang lain. Kita hormat orang berpuasa. Tapi mereka senang salah faham kalau lihat orang cukup sifat macam saya tak puasa”, jelas beliau yang membeli sebungkus nasi dan air teh ais.

KOMEN PEKEDAI

Pemilik restoran, Iqbal Hafiedz Ahmad Bazari, 34, memberitahu beliau meneruskan operasi kedainya seperti biasa, 24 jam sehari sepanjang bulan Ramadan.

Beliau adalah generasi ketiga pemilik Restoran Iqbal yang beroperasi sejak 1936 di Butterworth, Pulau Pinang yang terkenal dengan menu ‘mee goreng Pulau Pinang’, kini membuka cawangan di USJ 4, Subang Jaya, Selangor.

“Saya tidak faham kenapa ada keperluan untuk kedai menggunakan plastik hitam pada bulan Ramadan sebab kedai kami buka (perniagaan) bukan untuk memberi makan kepada orang yang tidak puasa (tanpa sebab) tetapi untuk pelanggan bukan Islam dan orang yang mendapat kelonggaran berpuasa”, kata beliau.

Beliau menjelaskan, dalam agama Islam, memang ada golongan yang mendapat keringanan dalam berpuasa, terutamanya ibu-ibu yang hamil, orang yang bekerja berat dan kanak-kanak.

Tambahnya, ramai pelanggan di kedainya datang daripada golongan ini, terutama mereka yang tinggal bersendirian dan tidak mampu untuk memasak, jadi beliau berniat membantu golongan ini.

“Contohnya, ramai pelanggan daripada golongan ibu bapa datang ke kedai kami membeli makanan seperti nasi putih dan ayam goreng untuk anak kecil mereka yang masih belum berpuasa”, katanya.

JANGAN BERSUBAHAT

Penulis buku agama Islam dan penceramah bebas, Ustaz Rohidzir Rais memberitahu, tidak menjadi kesalahan bagi orang Islam membeli makanan pada waktu siang pada bulan Ramadan selagi ia tidak makan pada siang hari atau bersubahat dengan membeli bagi pihak orang lain yang tidak berpuasa.

“Harus bagi orang berpuasa membeli makanan bagi orang lain yang dibenarkan untuk tidak berpuasa seperti wanita hamil atau menyusu, atau orang yang sakit dan tidak mampu berpuasa”, ujar penulis buku Metafora Suci Dari Langit dan Inspirasi Khutbah Rasulullah.

Golongan yang diberi keringanan puasa tetap tidak dibenarkan makan dan minum di khalayak ramai bagi menghormati orang yang berpuasa dan bulan Ramadan itu sendiri, tambah Rohidzir.


Mengenai hal plastik hitam, Rohidzir berkata, jika ia terbukti dilakukan untuk melindungi tindakan golongan tidak berpuasa, ia adalah tindakan yang salah, tetapi ia hendaklah disokong dengan bukti dan pemerhatian yang jelas.

“Apa sahaja cara yang mereka gunakan bagi melindungi orang yang tidak berpuasa (tanpa sebab dibenarkan syarak) ini adalah berdosa kerana dianggap bersubahat.

“Rasulullah S.A.W memberi amaran keras kepada golongan culas puasa ini dalam sabdanya ‘Sesiapa yang berbuka puasa sehari pada bulan Ramadan tanpa ada rukhsah (kelonggaran) yang diizinkan Allah untuknya, puasa sepanjang masa sekalipun tidak akan berupaya membayarnya sekalipun ia melakukannya’ yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, At- Tarmizi dan Ibnu Majah”, jelas beliau.

Rohidzir turut mengulas, sekiranya seseorang pekedai pasti bahawa golongan tidak berpuasa menjadikan kedainya sebagai tempat mendapatkan makanan pada waktu siang, wajib dia menutup kedai, atau mencegah orang Islam daripada makan di situ.

KELONGGARAN BERPUASA

Rohidzir menjelaskan, terdapat beberapa golongan yang diberi rukhsah (kelonggaran) dalam ibadah puasa.

Pertama ialah orang-orang yang bermusafir untuk tujuan harus seperti berniaga, belajar atau melancong, dengan syarat perjalanan dilakukan sebelum fajar. Jika perjalanan yang tidak memenatkan seperti menaiki kapal terbang atau kenderaan yang selesa, digalakkan untuk terus berpuasa.

Orang sakit, yang boleh mendapat mudarat jika berpuasa, orang tua, perempuan hamil atau ibu yang menyusukan anak, yang bimbangkan kemudaratan kepada anak atau dirinya sendiri juga diberikan rukhsah.

“Bagi orang yang bekerja berat contohnya buruh kasar, dicadangkan untuk mengusahakan kerja agar dapat dibuat pada waktu malam atau mencari kerja lain yang lebih ringah pada bulan Ramadan.

“Jika tidak dapat (cadangan di atas), dia tetap wajib berpuasa seperti biasa dan hanya boleh berbuka apabila terlalu penat hingga memudaratkannya. Itu pun hanya boleh makan dan minum ala kadar sahaja dan perlu terus tidak makan selepas itu hingga masuk waktu berbuka”, kata beliau. - Kamaluddin's Blog

Saksikan video ini: