Searching...
Monday, July 21, 2014
7:02 AM 0

Tahap pelacuran yang Paling Tinggi di Negara ?? dan sangat Hangat !!! (15 GAMBAR)

Kita selalu klaim negara kita sebuah negara Islam. Ya, agama persekutuan dan rasmi kita adalah Islam. Ketua negara kita juga Islam. Majoriti rakyat kita juga adalah Islam. Semua orang Melayu di kad pengenalan mereka beragama Islam. Tapi kenapakah negara kita boleh tersenarai di tangga ke-8 negara paling ramai pelacur di seluruh dunia, malah lebih tinggi daripada negara Thailand yang dikatakan syurga pelacuran itu? Negara kita juga turut pernah tersenarai di tangga ke-7 negara paling horny atau gersang.
Setiap tahun, kira2 3 juta orang melancong ke luar negara dengan tujuan pelancongan seks dan angka ini semakin meningkat. Pada masa ini, dianggarkan terdapat lebih daripada 25 syarikat pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan seks yang berpusat di Miami, New York, dan San Diego, US dan kemungkinan trend ini tidak akan berubah dalam masa terdekat.
Berikut adalah sepuluh negara dengan pekerja seks atau pelacuran yang paling bagi setiap 10,000 orang:

10. Thailand - 45 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Pelacuran sebenarnya menyalahi undang-undang di Thailand, bagaimanapun mengikut amalan ia boleh ditoleransi dan sebahagiannya dikawal selia.
9. Jerman - 49 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Tidak seperti negara-negara Kesatuan Eropah yang lain, pelacuran, malah pelacuran jalan, ianya sangat meluas, teratur, dan dibenarkan undang-undang Jerman. Ia tidak menghairankan apabila sindiket pelacuran yang teratur di negara ini telah pun wujud sejak tahun 1200 selepas masih.
8. Malaysia - 52 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Pelacuran amat besar di Malaysia, bagaimanapun ia mempunyau sisi gelap yang kuat. Amerika Syarikat telah menyenarai hitam negara Malaysia sebagai negara yang mempunyai kes paling teruk dalam perdagangan manusia dan penyalahgunaan hak asasi manusia, termasuk pelacuran kanak2.
7. Brazil - 53 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Perbuatan pelacuran sendiri (menawar seks untuk wang) di Brazil adalah dibenarkan mengikut undang2, tetapi menjalankan perniagaan pelacuran atau mengupah pelacur adalah salah di sisi undang2.
6. China - 60 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Pelacuran adalah haram di China tetapi telah diturunkan kepada status perlakuan yang kurang baik.Beberapa orang penyelidik secara konservatif menganggarkan bahawa terdapat seramai 10 juta pelacur aktif di China pada waktu tertentu yang menyumbang sebanyak lima peratus kepada KDNK tahunan negara kerana kebanyakan pendapatan yang diperoleh, walaupun tidak dikenakan cukai, ia kembali ke dalam ekonomi.
5. Nigeria - 63 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Pasaran pelancongan seks untuk wanita tua dari barat yang telah bercerai semakin meningkat di negara ini.
4. Filipina - 85 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Negara Filipina menawarkan wanita pengiring dalam bentuk "bargirls". Gadis di sini sering memakai ID tag "bargirl " di tempat2 yang mudah dilihat, dan mereka kebiasaannya sentiasa diuji untuk penyakit kelaman (STD).
3. Peru - 102 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Pelacuran adalah dibenarkan mengikut undang2 untuk wanita lebih 18 tahun jika mereka mendaftar dengan pihak berkuasa tempatan dan membawa sijil kesihatan, dan rumah pelacuran juga mesti dilesenkan . Malangnya, pelacuran kanak2 di Peru telah meningkat dua kali ganda pada tahun2 kebelakangan ini.
2. Korea Selatan - 110 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Walaupun terdapat sekatan undang2 dan tindakan tegas polis, pelacuran terus berkembang di Korea Selatan, manakala pekerja seks terus aktif menentang segala aktiviti pembanterasan di negera ini.
1. Venezuela - 119 pekerja seks bagi setiap 10,000.
Keadaan ekonomi yang lemah di negara ini telah menyumbang kepada peningkatan tiga kali ganda bilangan pekerja seks di sini, dan hanya satu perlima daripada pekerja seks adalah dilahirkan di Venezuela.
Aku pun tak tau macam mana dia buat kajian dan ambil statistik tu, tapi kalau tengok kat akhbar, boleh kata selalu je ada berita pasal pelacuran di Malaysia. Tak dinafikan kebanyakan yang menyumbang kepada kegiatan pelacuran ini adalah warga asing dari China, Vietnam, Indonesia, Thailand dan lain2 lagi, tapi macam mana mereka boleh lepas dan sentiasa wujud je walau dah diserbu berkali2 oleh pihak berkuasa. Malah daripada pendedahan sebelum ini menunjukkan betapa mudahnya untuk mendapatkan khidmat seks di Malaysia ini. Rumah merah ada di merata tempat, malah khidmat pelacuran kini terlalu mudah diperolehi di Internet.

























Adakah pelancong luar negara suka datang Malaysia kerana mudah mendapatkan perkhidmatan seks daripada pelacur yang berbilang bangsa? Adakah kita mahu Malaysia menjadi hub atau pusat pelacuran utama dunia yang dapat menarik pelancong dari luar negara dan meningkatkan industri pelancongan kita?
Adakah itu yang kita inginkan di mana ramai para pelancong menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan hanya kerana semata2 untuk meniduri pelacur?

Harap di samping kita mempertahankan kalimah Allah s.w.t dan membanteras ajaran Syiah di negara kita, pihak berkuasa juga disibukkan dengan membanteras kegiatan pelacuran dan mempertingkatkan dakwah kepada umat Islam di negara kita yang semakin hari semakin runtuh akhlak dan bertambah gejala moral serta kepada orang bukan Islam.




Sumber Liveandinvestoverseas.com.

0 comments:

Post a Comment